Pemilik pesawat yang bawa Sala jadi tanda tanya, disyaki kepunyaan firma misteri - Sukan | mStar

Pemilik pesawat yang bawa Sala jadi tanda tanya, disyaki kepunyaan firma misteri

Foto Reuters

NANTES menjangkakan laporan awal nahas pesawat melibatkan Emiliano Sala bahawa ejen Willie McKay tidak memiliki pesawat itu, untuk disahkan pada minggu ini.

Ia bagi menguatkan tuntutan mereka bahawa Cardiff City membuat pembayaran pertama untuk pemain itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Sala nyaris hilang pampasan RM3.2 juta, Cardiff City gagal daftar kontraknya dengan Liga Perdana Inggeris

Sportsmail melaporkan bahawa pertanyaan mengenai pemilikan pesawat itu tertumpu kepada firma misteri Cool Flourish.

Pemegang saham utama syarikat itu, Fay Keely, 45, disenaraikan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai pemastautin di sebuah hartanah terbiar di Alfreton, Derbyshire.

Percubaan Mail Online untuk bertanya kepada seorang lagi pengarah, Heather Keely, 41, mengenai perniagaan itu juga tidak berhasil.

Seorang wanita yang tiba di premis di Repton, Nottinghamshire bertindak menutup pintu dan enggan menjawab soalan.

Rumah agam yang disenaraikan sebagai rumah bekas pengarah syarikat itu, Terence Keely juga kosong.

Mail Online diberitahu bahawa mereka telah menceroboh kawasan dan harus meninggalkan premis itu.

Bukti bahawa McKay milik sebahagian pesawat itu atau dikaitkan dengan entiti komersial yang dilakukannya tetapi dinafikan olehnya, boleh digunakan oleh Cardiff untuk berunding dengan Nantes. - Mail Online

Emiliano Sala , Nantes , Cardiff City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel