suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga Sala nyaris hilang pampasan RM3.2 juta, Cardiff City gagal daftar kontraknya dengan Liga Perdana Inggeris

Foto AFP

KELUARGA Emiliano Sala mungkin kehilangan pampasan bernilai £600,000 (RM3.2 juta) gara-gara Cardiff City gagal mendaftarkan kontraknya dengan Liga Perdana Inggeris.

Menurut Times, pemain secara automatik menjadi sebahagian daripada skim pencen Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) sebaik sahaja mereka didaftarkan dengan organisasi teratas pasukan bola sepak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nala ucap selamat tinggal kepada Sala

Bayaran pampasan kematian PFA untuk waris keluarga adalah bernilai £600,000.

PFA dilaporkan berusaha menyerahkan dana pencen itu kepada keluarga Sala sebagai menghormati hak pembayaran tersebut walaupun pemain terbabit tidak berdaftar dengan Liga Perdana Inggeris.

Cardiff membuat kesilapan dalam kertas kerja ketika mendaftar pemain tersebut dan liga terpaksa menyerahkan kembali borang itu kepada kelab untuk meminta mereka menjelaskan butiran lanjut.

Selepas itu, barulah perjanjian bernilai £15 juta (RM80 juta) itu perlu diserahkan semula untuk tujuan pendaftaran.

Prosedur tersebut memerlukan Sala untuk menandatangani semula dokumen perjanjian, namun ia adalah mustahil kerana pemain terbabit maut dalam nahas pesawat yang terhempas di Selat Inggeris ketika menuju ke Cardiff dari Nantes. - The Sun

Emiliano Sala

Artikel Lain