suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya buat silap... tak akan berlaku lagi" - Anthony Martial

Anthony Martial. Foto AFP

BINTANG Manchester United, Anthony Martial membuat permohonan maaf kepada tunangnya, Melanie da Cruz.

Martial memuat naik gambarnya bersama tunang di akaun Instagram dengan keterangan menyebut: "Saya mahu meminta maaf kepada saudara-mara, keluarga dan terutama tunang saya di atas kesilapan yang saya lakukan sejak beberapa bulan!

"Saya buat silap dan saya minta maaf... ia tidak akan berlaku lagi!"

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dipastikan puncanya tetapi laporan sebelum ini mendakwa Martial bersikap curang pada Julai lalu, semasa tunangnya itu sedang hamil.

Anthony Martial memuat naik gambar bersama tunang di Instagram, dengan keterangan permohonan maaf.

Menurut Daily Star Sunday, Martial didakwa menjalinkan hubungan intim bersama model, Malika Semichi di sebuah hotel di Paris.

Menerusi gambar bersama Da Cruz itu, Martial berkata: "Akan sentiasa ada orang yang jahat, cemburu di dunia ini yang akan sedia bercakap banyak perkara tidak baik."

"Tetapi bersyukur kerana Tuhan tahu di jalan mana yang terbaik untuk saya lalui."

Martial dan tunangnya, Da Cruz mempunyai anak lelaki bernama Swan pada Julai lalu. - Dailymail UK

Artikel Lain