suria

Zidane, Lampard calon utama ganti Sarri

Lampard (kiri) dan Zidane disebut untuk menggantikan Sarri.

CHELSEA dilaporkan telah menyenarai dua nama untuk menggambil alih tugas pengurus Maurizio Sarri.

Masa depan pengurus Itali itu di Stamford Bridge semakin kabur selepas tewas kepada Manchester United dalam aksi Piala FA pusingan kelima Ahad lalu.

Kelab dikatakan telah berbincang siapa yang akan datang mengambil alih tugas bekas pengendali Napoli itu.

Sky Sport percaya pembantunya Gianfranco Zola akan mengambil alih tugas pasukan sementara sebelum The Blues menemui pengganti baharu secara tetap.

Maurizio Sarri

Dua nama yang disebut iaitu Zinedine Zidane dan bekas pemain legenda kelab Frank Lampard.

Zidane masih belum turun padang selepas meninggalkan Real Madrid musim lalu dengan rekod kejayaan merangkul torfi Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut.

Bekas bintang Perancis itu dikaitkan dengan Manchester United dan bersedia untuk bekerja dalam Liga Perdana Inggeris.

Manakala Lampard yang tampil sebagai pengurus buat kali pertama musim ini bersama kelab Kejuaraan, Derby yang kini menduduki tangga ketujuh liga.-OneFootball

Artikel Lain