suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tewas kepada City, penyokong Chelsea beri gambaran Sarri akan dipecat pagi ini

PENYOKONG Chelsea meluahkan kekecewaan mereka terhadap Maurizio Sarri di media sosial selepas pasukan kendaliannya tewas kepada Manchester City pada aksi final Piala Carabao.

Nasib Sarri kini ibarat sudah dihujung tanduk dan timbul khabar angin bahawa dia akan dipecat selepas kekalahan ini.

Beberapa penyokong Chelsea turut mendesak pengendali dari Itali itu supaya meletak jawatan.

"Higuain dan Hudson Odoi dibangku simpanan. Sarri menerapkan taktik permainan untuk dia dipecat.

"Selepas melihat barisan pemain yang diturunkan, Sarri akan dipecat pagi ini.

"Harap ini adalah perlawanan terakhir dibawah pimpinan Sarri. Barisan pemain yang diturunkan ternyata mengecewakan.

"Adakah Sarri akan belajar daripada kesilapannya? Perlu dipecat selepas perlawanan ini," kata penyokong.

Pada aksi penuh mendebarkan itu, Chelsea tewas 4-3 kepada City menerusi penentuan penalti. - Express.co.uk

Maurizio Sarri, Chelsea

Artikel Lain