MOM bagi amaran tegas kepada persatuan sukan arah atlet cari dana sendiri - Sukan | mStar

MOM bagi amaran tegas kepada persatuan sukan arah atlet cari dana sendiri

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi amaran tegas kepada semua persatuan sukan kebangsaan supaya tidak mengarahkan atlet-atlet di bawah Kategori B membiayai perbelanjaan sendiri ke Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beberapa persatuan dikesan mengeluarkan arahan kepada setiap atlet yang bertanding di bawah Kategori B supaya mencari sumber kewangan sendiri bagi menampung kos perbelajaan sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Katanya, tindakan tidak wajar itu hanya akan menyusahkan atlet selain menyifatkan tanggungjawab mencari dana perbelanjaan itu sepatutnya dipikul sepenuhnya oleh persatuan.

“Kita (MOM) mendapat tahu bahawa ada persatuan sukan yang bertanding di bawah Kategori B yang telah menyusahkan atlet-atlet dengan menyuruh mereka (atlet) mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan ke Sukan Asia 2018.

“Kita (MOM) berharap bahawa persatuan-persatuan yang telah memberi komitmen untuk menghantar atlet mereka di bawah Kategori B harus tidak membebankan atlet. 

“Mereka (persatuan) mesti mencari sumber kewangan sendiri dalam menentukan mereka mampu menghantar atlet-atlet serta pegawai-pegawai ke Jakarta dan Palembang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM di sini, Selasa.

Seramai 241 atlet daripada jumlah keseluruhan 423 atlet kebangsaan yang akan beraksi pada temasya Sukan Asia 2018 diletakkan dalam Kategori B.

Dalam perkembangan lain, ketua kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang, Datuk Seri Abdul Azim Mohamad Zabidi mengesahkan rayuan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menambah tiga atlet pada temasya sukan tersebut telah diluluskan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC).

Tiga atlet tersebut adalah pemenang pingat emas 110 meter (m) lari berpagar lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Rayzam Shah Wan Sofian, Jackie Wong Siew Cheer (lontar tukul besi lelaki) dan Iskandar Alwi (lompat bergalah lelaki).

“Keputusan itu memberikan satu khabar gembira kerana lebih ramai atlet yang bertanding tetapi apa yang penting adalah kita perlu memastikan setiap atlet yang bertanding di Sukan Asia menunjukkan prestasi yang baik supaya mereka (atlet) boleh pergi lagi jauh iaitu ke Sukan Olimpik,” katanya. - Bernama

Mohamad Norza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain