suria

Liverpool perlu jadi lebih cergas menjelang musim baharu

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp berkata, pemainnya mempunyai tahap kecergasan berbeza menjelang musim baharu dan masih terdapat banyak kerja yang harus dilakukan.

Reds bermain perlawanan akhir pra-musim menentang Torino di Anfield pada Selasa dengan kepulangan Dejan Lovren pada minggu ini menjadikan pasukan pimpinan Klopp lengkap buat pertama kali pada musim panas ini.

Tinggal lima hari lagi menjelang pembukaan Liga Perdana Inggeris yang menampilkan Liverpool menentang West Ham dan Klopp khuatir jika pemainnya masih belum bersedia.

Klopp memberitahu laman web pasukannya: "Kami perlu kembali cergas dan berusaha keras dalam daya ketahanan. Para pemain tidak berada pada tahap yang sama, anda boleh lihat sendiri.

"Kami perlu bermain utuk perlawanan pertama, kemudian kami ada lapan hari lagi sebab kami bermain pada Ahad dan Isnin.

"Itu adalah minggu pra-musim yang lain, saya tidak boleh mengubahnya. Itulah cabaran kami sekarang," kata Klopp.

Menurut laporan Sky Sports, Liverpool tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol pada musim akan datang.

Prestasi Liverpool dalam pra-musim juga dianggap memberansangkan.

Biarpun tewas kepada Dortmund, kelab itu berjaya menewaskan Manchester City dan Manchester United sebelum membenam Napoli 5-0 di Dublin pada Sabtu.

Semua itu berjaya dicapai tanpa beberapa pemain pilihan pertama kelab itu.

Liverpool

Artikel Berikut

Daren ke Sukan Asia

Artikel Lain