Rooney Dedah Pakai Pijama Everton Selama 13 Tahun - Sukan | mStar

Rooney Dedah Pakai Pijama Everton Selama 13 Tahun

WAYNE Rooney mendedahkan sepasang pijama Everton pertama miliknya sambil berseloroh dia menggunakannya ketika tidur sepanjang 13 tahun bersama Manchester United.

Pemain berusia 31 tahun itu yang kembali ke Goodison Park minggu lalu mengakui dia memakai pijama tersebut bersama anak-anaknya meskipun mewakili Red Devils lebih 10 tahun.

Pada petang Jumaat, Rooney memuatnaik gambar dia memakai pijama dengan tulisan EFC di Instagram miliknya dengan kapsyen 'Pijama Everton pertama saya.'

Pijama Everton pertama Rooney.

Rooney dalam temubual pertamanya sebaik diumumkan sebagai pemain Everton berkata:"Saya merahsiakan perkara itu sejak 13 tahun lalu tetapi saya sebenarnya memakai pijama Everton semasa di rumah bersama dengan anak-anak."

Pendedahan itu membuktikan Rooney merupakan peminat setia Everton meskipun menyertai United pada usia 18 tahun.

Kepulangan Rooney ternyata amat bermakna apabila dia menjaringkan gol ketika Everton menundukkan Gor Mahia 2-1 pada aksi jelajah Epra musim ke Tanzania.

Everton akan bertemu sama ada Ruzomberok dari Slovakia atau pasukan Norway, Brann pada pusingan kelayakan ketiga Liga Europa.

Pasukan kendalian Ronald Koeman itu antara 25 pasukan yang akan berentap pada pusingan kelayakan ketiga di samping AC Milan, PSV Eindhoven dan Fenerbache.

Aksi pertama pusingan kelayakan ketiga itu akan diadakan di Goodison Park pada 27 Julai ini manakala perlawanan timbal balik dijadualkan pada 3 Ogos depan.

Wayne Rooney , Everton

Artikel Sebelum

Sandro Da Silva Geram

Artikel Berikut

Lukaku Minta Kebenaran Ibrahimovic

Artikel Berkaitan

Mourinho Kerinduan

Pesanan Mourinho Buat Rooney

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain