Terbuka Denmark: Chong Wei Mara Pusingan Kedua - Sukan | mStar

Terbuka Denmark: Chong Wei Mara Pusingan Kedua

DIKEMASKINI

ODENSE (Denmark): Lee Chong Wei bakal meraikan hari ulang tahunnya kali ini di Terbuka Denmark selepas mara ke pusingan kedua.

Chong Wei yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-34 pada Jumaat bangkit dari kekalahan dalam aksi menentang pencabarnya, Wei Nan dengan 16-21, 21-19, 21-11 dalam perseorangan lelaki pusingan pertama di Odense Sports Park.

"Saya tewas di tangan Wei Nan pada pusingan kedua tahun lepas dan saya fikir saya akan ditewaskan lagi... dia bermain dengan baik," kata Chong Wei.

"Jurulatih (Hendrawan) beritahu supaya bermain dengan corak permainan saya selepas ketinggalan di belakang dengan margin yang besar dalam permainan kedua... saya terus bertarung dan bernasib baik menang.

"Dalam pada itu, saya meraikan hari ulang tahun kelahiran saya di sini, di Denmark, dan saya mahu ia menjadi istimewa pada tahun ini... ia mungkin penyertaan saya yang terakhir dalam Terbuka Denmark," katanya.

Chong Wei akan menentang pemain India, H.S Prannoy pada pusingan kedua, Khamis.

Jaguh badminton negara berkenaan pernah menewaskan pemain India itu pada Terbuka India 2013.

Sementara itu, dalam perlawanan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan dengan 21-18, 18-21, 21-18. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

SOJC: Malaysia Tewas 1-4 Kepada Pakistan

Nicol Mara Ke Separuh Akhir

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain