Siti Noor Radiah Sumbang Pingat Gangsa - Sukan | mStar

Siti Noor Radiah Sumbang Pingat Gangsa

Siti Noor Radiah Ismail.

PETALING JAYA: Atlet paralimpik negara, Siti Noor Radiah Ismail menambah koleksi pingat keempat buat negara apabila menamatkan acara lompat jauh T20 wanita di tempat ketiga pada malam Khamis.

Siti Noor Radiah, 22, menamatkan lompatan dengan catatan sejauh 5.20 meter.

Seorang lagi atlet negara, Siti Noor Iasah Mohamad Arifin menamatkan lompatan di tempat keempat dengan perbezaan jarak 0.29m.

Pingat emas menjadi milik Mikela Ristoski dari Croatia yang melakukan lompatan sejauh 5.79 meter.

Atlet Poland, Karolina Kucharczyk pula menduduki tempat kedua apabila menamatkan lompatan dengan catatan 5.55 meter.

Terdahulu pingat emas pertama negara diperoleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara larian pecut 100 meter T36.

Selepas itu, Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbang emas kedua menerusi acara lontar peluru sebelum Abdul Latif Romly melengkapkan emas ketiga dalam acara lompat jauh T20 lelaki.


Artikel Sebelum

BAM Umum Rombakan Sabtu Ini

Artikel Berikut

Malaysia Lakar Kemenangan Kedua AFF B-19

Artikel Berkaitan

Tun Jeanne Letak Harapan Kepada KJ

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain