Khairul Helmi Tuntut Hadiah Ulang Tahun Hari Lahir - Sukan | mStar

Khairul Helmi Tuntut Hadiah Ulang Tahun Hari Lahir

Khairul Helmi

KETUA pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari yang menyambut hari lahirnya yang ke-28 pada 31 Mac (Khamis) mahu memastikan skuad Helang Merah layak ke separuh akhir Piala FA dengan menewaskan Sabah pada Jumaat.

Dalam saingan suku akhir kedua hari ini, Kedah menerima kunjungan Sabah dengan berbekalkan kelebihan jaringan 2-1 hasil pertemuan pertama.

Khairul Helmi yang merupakan pertahanan Kedah turut menganggap kejayaan menewaskan Sabah adalah hadiah berharga untuk dirinya.

Bekas pemain Sabah itu juga dipilih sebagai ketua pasukan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe sejak musim lalu sehingga berjaya memimpin skuad Hijau Kuning bergelar juara Liga Premier tahun lepas.

"Tidak ada hadiah hari lahir yang lebih baik daripada mencatat sejarah pada musim 2016 ini dengan layak ke perlawanan separuh akhir Piala FA musim ini dan inilah hadiah yang saya mahukan untuk hari jadi kali ini.

"Saya pernah bersama Kedah ketika menjuarai tiga piala untuk dua tahun berturut-turut pada 2007 dan 2008, tetapi ketika itu saya tidak berpeluang beraksi sebagai pemain pertahanan dalam kesebelasan utama.

"Pada tahun tahun 2007 dan 2008 pertahanan tengah Kedah diketuai oleh Cornellius Bernard Hugging dan Victor Andrac. Memang sukar untuk mencabar kehebatan dan pengalaman kedua-dua tonggak pertahanan ini.

"Kesabaran dan sifat tidak mahu putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila Cheng Hoe memberi peluang kepada untuk berganding dengan  pemain Korea Selatan Bang Seung Hwan sebagai pertahanan tengah sejak musim lalu," katanya kepada mStar Online.

Katanya, walaupun dua tonggak utama iaitu Baddrol Bakhtiar dan Arif Farhan tidak dapat beraksi pada perlawanan ini, namun dia yakin  barisan pemain yang ada mampu memberikan aksi terbaik untuk meraih kemenangan.

"Kami tidak boleh melepaskan peluang keemasan di depan gol untuk layak ke separuh akhir Piala FA. Namun sokongan dan sorakan penyokong di gelanggang sendiri pasti akan menjadi untuk kelebihan kami.

"Walaupun ada kelebihan dua jaringan di tempat lawan tapi kemampuan Sabah juga tidak boleh diperkecilkan kerana mereka mampu bangkit," ujarnya.


NOTA: Peminat pasukan Kedah disaran mengundi pasukan anda yang bersaing bersama lima pasukan sukan lain untuk memenangi Anugerah Pasukan Sukan Pilihan Online bagi Anugerah Pilihan Online anjuran Mstar Online dan Suria fm di laman web tersebut http://apo.mstar.com.my/undi.aspx

 

Kedah , Helang Merah , Piala FA

Artikel Sebelum

Ejen Dakwa Zlatan Ibrahimovic Gila Wang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain