Final Piala Malaysia 2015 Pada 28 Nov Atau 12 Dis - Sukan | mStar

Final Piala Malaysia 2015 Pada 28 Nov Atau 12 Dis

Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014.

PETALING JAYA: Final Piala Malaysia yang dijadualkan 28 November ini, mungkin ditunda ke 12 Disember, bergantung kepada kedudukan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata jika kedua-dua pasukan itu tersingkir di peringkat suku akhir, maka final Piala Malaysia tetap dilangsungkan pada 28 November.

JDT akan menentang pasukan dari Hong Kong, South China pada 25 Ogos dan 15 September manakala Pahang akan bertemu kelab dari Tajikistan, Istiqlol Dushanbe pada 26 Ogos dan 19 Sept dalam saingan suku akhir.

"Kita juga berbincang mengenai pasukan yang layak mewakili negara ke Piala AFC tahun depan.

"Tahun ini juara Piala FA ialah Lions XII dari Singapura yang sudah tentu tidak boleh mewakili negara, maka kedudukan tempat itu akan diisi oleh naib juara Liga Super.

"Jika naib juara Liga Super juga pasukan Lions XII, maka naib juara Piala FA akan mewakili negara ke Piala AFC. Itu cadangan kita tetapi tertakluk kepada Sekretariat Pertandingn AFC," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM kali kelima di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu.

Sementara itu Afandi berkata perlawanan pada bulan Ramadan berkemungkinan tidak akan diadakan bermula tahun depan, selepas mengambil kira cadangan penyokong bola sepak tempatan.

"Buat kali pertama kita mengadakan perlawanan pada bulan puasa kerana ia jatuh pada bulan kemuncak liga iaitu pada Jun...pada mesyuarat yang diadakan pada Disember lepas, semua ahli gabungan setuju dengan tarikh ini.

"Biasanya pada Ogos, liga tamat. Setelah melalui perlawanan ini, kita dapati perlawanan pada bulan Ramadan, perlu dilihat kembali," katanya.

Piala Malaysia , Final

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain