suria

Cabaye Bersatu Semula Dengan Pardew Di Crystal Palace

Yohan Cabaye.

YOHAN Cabaye bersatu semula dengan bekas pengurusnya, Alan Pardew selepas melengkapkan perpindahan bernilai 12.8 juta pound (RM75.3 juta) dari Paris Saint Germain ke Crystal Palace.

Malah, Cabaye menegaskan beliau bersedia untuk 'berjuang' demi Pardew yang pernah bekerjasama dengannya ketika menyarung jersi Newcastle United sebelum ini.

Pardew merupakan individu yang bertanggungjawab membawa Cabaye ke St James Park pada 2011 dari Lille.

"Saya amat mengenali pengurus kelab ini. Saya pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini dan saya amat yakin dengannya.

"Saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuknya kerana dia berusaha untuk membawa saya ke sini. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pihak pengurusan Cyrstal Palace," katanya.

Sementara itu, West Ham dilaporkan berusaha untuk memperkukuhkan benteng pertahanannya dengan membawa masuk pemain Itali, Angelo Ogbonna dari Juventus dengan perpindahan bernilai 8 juta pound (RM47.08 juta).



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain