suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Federer Jumpa Djokovic Di Final Wimbledon

Roger Federer.

PEMAIN Switzerland, Roger Federer membuktikan beliau masih lagi berbisa apabila menundukkan Andy Murray 7-5 7-5 6-4 pada aksi separuh akhir kejohanan Tenis Wimbledon, awal pagi Sabtu.

Kemenangan tersebut menyaksikan pertembungan epik antara Federer dan Novak Djokovic pada aksi final kejohanan tersebut.

Terdahulu, Djokovic menewaskan Richard Gasquet 7-6 6-4 6-4 pada aksi separuh akhir yang berlangsung lebih awal.

Federer yang juga pemain pilihan kedua kejohanan melangkah ke peringkat final buat kali ke-10 di All England Club.

Pada tahun lalu, Federer turut menewaskan Murray di hadapan penyokong sendiri untuk bertemu Djokovic yang juga pemain No.1 dunia.

Pertembungan separuh akhir antara Federer dan Murray berlangsung selama dua jam dan tujuh minit.

"Ia perlawanan yang sukar. Andy bermain dengan begitu baik pada musim ini.

"Saya amat gembira.... saya bermain dengan bagus sekali pada kejohanan terbesar hari ini, oleh itu saya memenangi aksi separuh akhir.

"Saya terus memberi tekanan kepada Murray, melakukan pukulan demi pukulan seperti yang saya sering lakukan. Taktik ini menjadi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain