suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tenis Wimbledon: Muguruza Mara Ke Final

Muguruza meraikan kemaraan ke final.

LONDON: Pemain Sepanyol, Garbine Muguruza melangkah ke pusingan final kejohanan Tenis Wimbledon selepas menewaskan Agnieszka Radwanska 6-2, 3-6, 6-3, malam Khamis.

Beliau merupakan pemain Sepanyol pertama yang mara ke pusingan final Wimbledon sejak 1996.

Muguruza, 21, berentap pada aksi separuh akhir pertamanya di kejohanan Grand Slam selepas menundukkan Timea Bacsinszky di suku akhir.

Radwanska yang pernah mara ke pusingan separuh akhir kejohanan tersebut sebanyak dua kali sebelum ini, tewas pada aksi final di All England Club pada 2012.

Muguruza akan bertemu sama ada pemain No.1 dunia, Serena Williams atau Maria Sharapova yang akan beraksi pada perlawanan separuh akhir berasingan.

Conchita Martinez merupakan pemain wanita terakhir memenangi kejuaraan Wimbledon selepas menewaskan Martina Navratilova pada 1994.







Artikel Berikut

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain