suria

F1 2016: FIA Lulus 21 Perlumbaan, Aksi GP Malaysia September

PERSEKUTUAN Automobil Antarabangsa (FIA) meluluskan 21 perlumbaan dalam kalendar Formula Satu (F1) musim 2016 dengan aksi kejuaraan pertama Grand Prix Baku pada Julai depan.

Kalendar baharu musim depan itu juga menyaksikan perubahan jadual perlumbaan sebelum ini dengan GP Rusia akan beraksi pada April berbanding Oktober, manakala GP Malaysia yang biasanya pada bulan Mac dipindahkan ke September.

Pihak penganjur telah membuat permintaan untuk menukar tarikh selepas perjanjian kontrak baharu sehingga 2018 diumumkan.

Perubahan jadual perlumbaan ini pertama kali ini berlaku sejak dimulakan pada tahun 1988 berikutan mesyuarat Majlis Permotoran Dunia di Mexico yang menyaksikan Australia kekal diberi penghargaan sebagai pembuka perlumbaan pada 3 April 2016.

Kalendar F1 musim depan juga menyaksikan perlumbaan back-to-back - Australia/China, Bahrain/Rusia, Britain/Austria, Jerman/Hungary, Belgium/Itali, Singapura/Malaysia dan Amerika Syarikat/Mexico.

Jerman kembali disenaraikan dalam kalendar selepas perlumbaan tahun ini di Nurburgring dibatalkan gara-gara gagal mendapat perjanjian bersama dengan penganjur.

Bagaimanapun venue belum diumumkan pada perlumbaan GP Jerman itu nanti.

Sementara itu, perlumbaan sulung di Baku, Azerbaijan yang akan beraksi di atas nama Grand Prix Eropah akan berlangsung pada 17 Julai.

Manakala Grand Prix British bakal bermula dua minggu lebih awal pada 26 Jun bagi mengelakkan pertembungan dengan kejohanan Tenis Wimbledon.

Jadual 21 perlumbaan 2016 yang diluluskan FIA:

3 April - Australia

10 April - China

24 April- Bahrain

1 Mei - Rusia

5 Mei- Sepanyol

29 Mei- Monaco

12 Jun- Kanada

26 Jun - Britain

3 Julai - Austria

17 Julai- Europe (Baku)

31 Julai- Jerman

7 Ogos- Hungary

28 Ogos -Belgium

4 Sept- Itali

18 Sept-Singapura

25 Sept- Malaysia

9 Oktober - Jepun

23 Oktober - USA (Austin)

30 Oktober- Mexico

13 November - Brazil

27 November- Abu Dhabi

F1, Grand Prix Malaysia, 21 venue

Artikel Lain