suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Tersingkir Daripada Saingan Liga Juara-Juara

GENEVA: Pasukan Liverpool terkeluar daripada saingan merebut kejuaraan Liga Juara-Juara selepas mencatatkan keputusan seri 1 - 1 dengan Basel di Anfield. 

Bekas Juara sebanyak lima kali itu dilihat gagal memanfaatkan peluang keemasan sebaliknya Basel berjaya mendahului Liverpool pada minit ke-25 hasil sepakan Fabian Frei. 

Gol sagu hati Liverpool dijaringkan pada lewat perlawanan oleh Steven Gerrard pada minit ke-81. 

Dengan keputusan tersebut Liverpool terkeluar daripada saingan 16 pasukan terbaik yang mara ke pusingan seterusnya. 

Ini merupakan kali kedua-dua berturut-turut pasukan kendalian Brendan Rodgers gagal menewaskan Basel menjadikan mereka pasukan tercorot dalam kumpulan B. 

Sementara itu, Real Madrid merupakan Juara Kumpulan B selepas lima tahun tidak beraksi pada Liga Juara-Juara. 

Dalam perlawanan awal pagi Rabu, Real Madrid mencatatkan kemenangan besar 4 - 0 ke atas Ludogorets (Bulgaria). 

Madrid merupakan pasukan tunggal yang tidak pernah tewas dalam sebarang perlawanan.

Liga Juara-Juara, Liverpool

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain