suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Safiq Rahim Jadi Sasaran Penyokong Vietnam

PETALING JAYA: Pemain tengah Harimau Malaya, Safiq Rahim menjadi sasaran penyokong Vietnam menerusi Facebook berikutan kekecohan pada aksi saingan pertama separuh akhir di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Penyokong Vietnam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu meluahkan kemarahan terhadap Safiq menerusi laman sosial berikutan tindakannya yang dianggap tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Ahad lalu, sekumpulan penyokong skuad kebangsaan menyerang warga Vietnam yang hadir memberi sokongan kepada pasukan negara itu apabila Malaysia ketinggalan 2-1.

Rakaman tindakan penyokong Malaysia terhadap beberapa penyokong Vietnam turut menjadi viral di laman sosial.

Pada masa sama, Twitter dan Facebook milik Safiq juga diserang dengan pelbagai komen negatif serta amaran supaya berhati-hati apabila berkunjung ke Stadium Nasional My Dinh di Hanoi pada perlawanan pusingan kedua, Khamis ini.

Selain komen berbaur marah, laman media Safiq juga dimuatkan dengan gambar pisau dan gambar yang disunting seolah-olah seseorang memegang kepala Safiq.

Sementara itu, laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih dalam proses penyelenggaran selepas digodam juga dipercayai dilakukan pihak Vietnam.

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mengemukakan surat tunjuk sebab kepada FAM susulan kekecohan pada perlawanan Ahad lalu.

Safiq Rahim, Twitter, AFF Suzuki, Hanoi

Artikel Lain