suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ Minta Polis Segera Bertindak Terhadap Mereka Yang Cederakan Penyokong Vietnam

KUALA LUMPUR: Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014, Ahad lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kesal dengan insiden itu berkata, tindakan harus diambil sebelum skuad Harimau Malaya bertemu semula dengan pasukan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua, di Hanoi, Khamis ini.

"Saya sendiri telah memohon maaf kepada penyokong Vietnam dan juga telah hubungi Duta Vietnam, kita kena mengakui kita salah, dan tindakan pantas perlu diambil," katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Yahaya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil kementerian untuk memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

Pada perlawanan di Stadium Shah Alam itu, skuad Harimau Malaysia kalah 2-1 kepada Vietnam.


Artikel Lain