suria

Mourinho: Chelsea Kekal Kelab Terbaik Ketika Ini

Pemain Chelsea, Diego Costa (tengah) ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle di St. James Park, Sabtu lalu.

PENGURUS pasukan yang memperkenalkan taktik bertahan dengan mengatur ‘bas’ di depan gawang sendiri, Jose Mourinho, menghalalkan kekalahannya di tangan Newcastle hujung minggu lalu apabila menganggap ia sebagai adat permainan.

Kata Mourinho, memang janggal  apabila Chelsea kalah selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa tewas selepas 14 perlawanan sebelum ini.

“Kami bermula dengan rekod yang lebih baik berbanding mana-mana pasukan lain dalam liga,” katanya.

Sebagai orang yang lama dalam bola sepak, Mourinho berkata, kekalahan adalah hakikat yang perlu diterima dari semasa ke semasa.

Menjelang mana-mana perlawanan, kata Mourinho, Chelsea turun dengan matlamat mahukan tiga mata penuh tetapi nasib kadang-kadang tidak menyebelahi mereka.

“Inilah bola sepak,” katanya.

Namun hakikatnya, kata Mourinho, tiada mana-mana kelab lain mampu mempamerkan prestasi sebaik Chelsea pada musim ini.

“Semua kelab cemburukan kedudukan kami. Justeru, ia membuktikan kami lebih daripada mereka. Kami adalah lebih baik daripada mana-mana pasukan,” katanya.

Selepas 15 perlawanan, Chelsea kekal berada di tempat teratas Liga Perdana Inggeris 36 mata, tiga mata mengatasi kelab di tempat kedua, Manchester City.

Kelalahan 1 – 2 kepada Newcastle pada Sabtu lalu mencalar rekod tanpa tewas Chelsea pada musim ini.

Kata Mourinho, dia tidak mendakwa kelab bimbingannya adalah yang terbaik di England.

“Cuma ketika ini tiada kelab lain mampu menyaingi kehebatan mereka mengumpul mata terbanyak. Kami yang terbaik ketika ini,” katanya.


Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain