suria

Piala AFF Suzuki: Filipina Benam Laos 4 - 1

HANOI: Pemain sayap, Patrick Reichlet meledak dua gol membantu Filipina bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala AFF Suzuki, di sini, Sabtu.

Khampheng Sayavutthi membuka tirai jaringan buat Laos yang dianggap kerdil hasil sepakan percuma pada minit ke-21 dalam usaha untuk mencipta kejutan di Stadium Nasional My Dinh itu.

Begitupun, Filipina melancarkan kebangkitan dan berhasil menyamakan kedudukan lima minit sebelum babak pertama tamat menerusi Simone Rota yang menanduk masuk bola sepakan sudut.

Bekas pemain remaja Chelsea, Phil Younghusband kemudian menggunakan sepenuhnya peluang kelalaian Laos dengan menyumbat gol kedua Filipina untuk kedudukan 2-1 menuju rehat babak pertama.


Babak kedua, Laos berpeluang untuk menambah jaringan menerusi serangan pantas berbahaya sebelum pemain kelahiran Jerman, Reichelt meledak gol ketiga Filipina pada minit ke-77 sebelum memanfaat hantaran Husband untuk gol keempat.

"Dalam 25 minit babak pertama, kami amat bergelut namun keseluruhan perlawanan kami mencipta lebih peluang dan kemenangan buat kami adalah baik," kata jurulatih Filipina, Tom Dooley.

Piala AFF Suzuki 2014 dianjurkan di Vietnam dan Singapura. 
Piala AFF Suzuki, Filipina, Laos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain