suria

Barcelona 3 AC Milan 1: Messi Hampiri Sejarah Baru

Messi menyumbangkan dua gol sekali gus membantu membawa Barcelona ke pusingan kalah mati.
Messi menyumbangkan dua gol sekali gus membantu membawa Barcelona ke pusingan kalah mati.
Messi menyumbangkan dua gol sekali gus membantu membawa Barcelona ke pusingan kalah mati.

LIONEL MESSI bukan sahaja menjaringkan dua gol untuk membawa kemenangan kepada kelabnya menentang AC Milan dalam persaingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis tetapi pada masa yang sama turut melangkah menghampiri sejarah baru kejohanan itu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Ia adalah jaringan golnya yang ke-65 dalam kejohanan berprestij ini dan kini hanya memerlukan enam jaringan sahaja lagi untuk menyamai rekod yang dicipta oleh bekas penyerang Real Madrid, Raul.

PENJARING TERBANYAK LIGA JUARA-JUARA EROPAH:

Raul 71

Lionel Messi 65

Cristiano Ronaldo 58

Ruud van Nistelrooy 56

Thierry Henry 50

Alfredo Di Stefano 49

Andriy Shevchenko 48

Eusebio 46

Filippo Inzaghi 46

Didier Drogba 42

Kemenangan besar Barcelona itu juga telah melayakkan mereka untuk mara ke pusingan kalah mati walaupun masih ada berbaki dua perlawanan lagi di peringkat kumpulan.

Sebaliknya kekalahan Milan menambah parahkan lagi prestasi muram mereka musim ini yang menyaksikan kelab itu kini berada di tangga ke-11 Liga Itali.

Sebelum perlawanan ini ramai yang khuatir Messi kini sedang melalui musim yang sukar kerana pemain Argentina itu sudah tidak menjaringkan gol dalam empat perlawanan.

Pengurus baru Barcelona, Tata Martino berkata; "Untuk layak ke pusingan seterusnya walaupun masih ada baki dua perlawanan lagi di peringkat kumpulan akan membawa perasaan tenang dan lega di kalangan pemain tetapi persembahan Messi mengingatkan semua orang yang dia sentiasa berbisa walaupun dalam prestasi yang tidak begitu memberansangkan musim ini."

Lionel Messi menghabiskan sebahagian besar tumpuannya dengan melancarkan serangan pantas dari sayap kanan sebelum membuat lintasan lintang mengunakan kaki kirinya.

Milan walaupun dibarisi oleh dua pemain ternama yang pernah beraksi di liga Sepanyol iaitu Kaka dan Robinho bukan sahaja gagal menyerlah sebaliknya tidak mengancam barisan pertahanan Barca.

Robinho kemudiannya digantikan Mario Balotelli pada separuh masa kedua. Buat seketika pemain Itali itu berjaya mengucar kacirkan barisan pertahanan Barca tetapi masih gagal menjaringkan gol.

Gol Milan hanya datang daripada ehsan pemain pertahanan Barca sendiri iaitu Pique pada minit ke-45.

Barcelona: Valdes; Dani Alves, Pique, Mascherano, Adriano; Xavi (Song 88'), Busquets, Iniesta (Fabregas 78'); Alexis, Messi, Neymar (Pedro '85) Simpanan: Pinto, Montoya, Bartra, Tello.

Gol: Messi (30', 83'), Busquets (40').

AC Milan: Abbiati; Abate, Zapata, Mexes, Emanuelson; Muntari, Montolivo, De Jong, Poli (Birsa 74'); Kaka (Matri 84'), Robinho (Balotelli 46'). Simpanan: Coppola, Constant, Bonera, Zaccardo.

Gol: Pique.

Artikel Lain