suria

GP Formula 1 Malaysia: Vettel Mohon Maaf Kepada Webber

SEPANG: Pelumba Infiniti Red Bull, Sebastian Vettel mengakui telah mengingkari arahah pasukan dan memohon maaf kepada Webber di atas tindakannya itu.

"Saya melakukan kesilapan besar hari ini. Saya minta maaf kepada Mark.

"Saya tidak mengikari arahan secara sengaja tetapi saya bersalah dalam situasi ini.

"Saya mengambil alih kedudukan Mark, yang mana saya sedar ia jelas mengecewakan dia. Tetapi saya perlu jujur dan saya minta maaf.

"Saya memotong dengan cara yang berisiko dan sepatutnya saya melakukan yang lebih baik.

"Bagaimanapun semuanya sudah berlaku. Saya minta maaf dan keputusan tidak berubah. Tetapi apa yang boleh saya katakan ia tidak sengaja," jelas Vettel pada sidang media.

Artikel Lain