suria

Mancini Nafi Balotteli Akan Berpindah ke Itali

Aksi panas Mancini (kanan) dan Balotelli pada sesi latihan minggu lalu.
Aksi panas Mancini (kanan) dan Balotelli pada sesi latihan minggu lalu.
Aksi panas Mancini (kanan) dan Balotelli pada sesi latihan minggu lalu.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini cuba menafikan khabar angin berkaitan penyerang kontoversinya, Mario Balotelli yang akan berpindah ke Itali.

Masa depan Balotteli menjadi perhatian berikutan aksi hambarnya musim ini deitambah pula dengan pertengkaran mereka berdua pada sesi latihan minggu lalu.

Bagaimanapun Mancini mengakui pihak kelab sanggup memberi seratus lagi peluang untuk Balotelli.

Pihak media melaporkan AC Milan sanggup mengeluarkan Balotelli bulan ini ketika jendela perpindahan pemain dibuka, namun Mancini enggan menjawab spekulasi terbaru perpindahan pemain kelab ini.

"Tidak, itu sama sekali tidak betul. Saya sangat gembira dengan Mario,"jelasnya yang enggan memberi penejlasn lebih lanjut.

Balotelli tidak beraksi dalam empat perlawanan sebelum ini kerana masalah kesihatan.

Selepas itu dia bermain dengan pasukan bawah 21 Tahun Isnin lalu dan menjaringkan dua gol ketika bertemu Blackburn.

"Dia bermain dengan pasukan B21 kerana Balotteli memerlukan lebih banyak permainan. Selepas 40 hari tanpa aksi, dia memang perlu beraksi.

"Dia menjalani latihan dengan baik dan saya berharap tahun ini akan menjadi lebih sempurna," tambah Mancini.

Artikel Lain