suria

Hatrik Walcott Bangkit Memori Terhadap Henry

Walcott menjaringkan gol untuk Arsenal ketika menentang Newcastle pada Sabtu.
Walcott menjaringkan gol untuk Arsenal ketika menentang Newcastle pada Sabtu.
Walcott menjaringkan gol untuk Arsenal ketika menentang Newcastle pada Sabtu.

LONDON: Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott membangkitkan ingatan kepada bintang Thierry Henry apabila mencipta hatrik ketika The Gunners menang besar 7-3 ke atas Newcastle United pada Sabtu.

Ia merupakan salah satu aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaik musim ini.

Walcott yang bermain sebagai penyerang di bahagian tengah musim ini, membuktikan bahawa dia selesa dengan posisi sekarang untuk membayangi Henry selaku penjaring terbanyak kelab London itu.

"Dia boleh bermain di bahagian tengah, saya yakin dengannya," kata pengurus Arsene Wenger.

Malah Wenger turut yakin pemain itu tetap kepunyaan Arsenal selepas menyaksikan persembahan terbaiknya.

Pasukan itu meniti ke tangga kelima liga, 16 mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Walcott menjaringkan gol pada minit ke-20 dan 73 sebelum menambah satu lagi jaringan pada saat-saat akhir permainan.

Gol-gol lain Arsenal disumbangkan oleh Olivier Giroud (dua gol), Alex Oxlade-Chamberlain dan Lukas Podolski manakala Newcastle memperoleh jaringan menerusi Demba Ba dan Sylvain Marveaux.

Artikel Sebelum

Sunderland Buru Khidmat Cahill

Artikel Berikut

Artikel Lain