suria

Piala AFF Suzuki: Malaysia- Singapura Sedia Berentap

KETUA jurulatih bolasepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yakin pemain-pemainnya sudah bersedia bagi pertemuan dengan Singapura pada aksi Piala AFF Suzuki Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad.

"Kami telah menjalani persiapan sejak tahun lalu dan ia berjalan dengan lancar.

"Saya juga yakin pemain-pemain akan memberi fokus sebaik mungkin ketika berdepan dengan skuad Singapura," jelasnya selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan, Sabtu.

Sementara itu, penolong jurulatih Singapura Mike Chong mengakui skuadnya sudah melakukan persiapan rapi bagi kejohanan ini.

"Kami telah menjalani latihan rapi dan dalam tempoh ini ia adalah sesuatu yang sukar.

"Pasukan juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Jepun.

"Semua pemain juga berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa-apa kecederaan, malah gabungan pemain senior dan muda juga seimbang.

"Walaupun berdasarkan rekod lebih banyak memihak kepada pasukan kami ketika bertemu Malaysia, itu bukanlah satu jaminan.

"Kami tidak memandang rekod lepas, bagi saya setiap permainan adalah adalah perlawanan baru.

"Secara keseluruhannya kami telah bersedia sepenuhnya," jelasnya kepada media.

Mike berkata, bagi aksi tahun ini, terdapat beberapa perubahan dalam pasukan berbanding dua tahun lalu.

"Hariss Harun dan Qiu Li pertama kali beraksi dalam kejohanan ini.

“Pemain pertahanan, Safuwan juga dijangka lebih banyak mendapat peluang untuk beraksi," katanya.

Artikel Lain