suria

MotoGP: Pedrosa Teruskan Dominasi Dalam Sesi Latihan Akhir

SEPANG: Penunggang Repsol Honda Dani Pedrosa meneruskan penguasaannya dalam sesi latihan bebas akhir Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 di Litar Sepang Sabtu.

Pelumba Sepanyol berusia 27 tahun ini mencatatkan dua minit 1.186 saat, iaitu 0.158 saat di hadapan rakan senegara dan pendahulu mata semasa, Jorge Lorenzo dari Yamaha Factory Racing.

Rakan sepasukan Pedrosa, Casey Stoner dari Australia, di tempat ketiga dengan masa 2'01.693s.

Sesi latihan bebas ketiga berlangsung dalam cuaca kering dengan suhu 29 darjah Celcius dan suhu permukaan trek 39 darjah. Sesi kelayakan MotoGP akan diadakan pada 1.55 tengah hari.

Terdahulu dalam kelas Moto3, pelumba Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 turut meneruskan penguasaan dalam latihan akhir dengan masa 2'13.953s, manakala pendahulu mata semasa, Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo berada di tempat keempat terpantas dengan masa 2'15.057s.

Penunggang tunggal Malaysia dalam kategori itu, Zulfahmi Khairuddin di tempat ke-13 dengan masa 2'15.853s.

Dalam kelas Moto2, pelumba Jepun, Takaaki Nakagami dari Italtrans Racing Team mencatatkan masa terpantas iaitu 2'08.145s. Penunggang wildcard Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dari Petronas Raceline Malaysia terpaksa berpuas hati di tempat ke-25, dengan catatan masa terbaiknya 2'10.333s. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain