suria

MotoGP: Tiket Laris, Zulfahmi Jadi Tarikan

KUALA LUMPUR: Tiket bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah hampir habis dijual, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

Semua tiket bagi tempat duduk utama atau 'grandstand' telah habis dijual, dan hanya tiket harian tempat duduk berbukit atau 'hillstand' (RM21) masih ada, katanya.

"Kami telah hampir mencapai sasaran jualan tiket kami pada tahun ini.

"Sasaran kami ialah 70,000 tiket. Saya fikir ini hasil kempen promosi kami di luar negara dan dalam negara.

"Saya fikir respons baik yang diterima daripada peminat sukan permotoran tempatan adalah kerana penunggang Moto3 kami, Zulfahmi Khairuddin," katanya.

Ahmad Razlan berkata baki tiket hanya boleh dibeli di kiosk tiket SIC di Sepang.

"Hanya sedikit sahaja tiket akan dijual di kiosk kami di KL Sentral dan KLCC," katanya.

Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 bermula hari ini dengan sesi rasmi catatan masa bebas.

Perlumbaan kelas MotoGP, kategori Kejohanan Motosikal Dunia perdana, dibatalkan tahun lepas berikutan nahas tragik yang mengakibatkan Marco Simoncelli, penunggang San Carlo Honda Gresini, maut.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain