suria

Tenis: Nishikori Raih Juara Di Tempat Sendiri

Kei Nishikori
Kei Nishikori
Kei Nishikori

JAGUH tenis Asia dari Jepun, Kei Nishikori menumpaskan Milos Raonis dari Montenegro 7-6 (5) 3-6 6-0 pada aksi akhir Terbuka Jepun sekali gus menjadi pemain pertama bergelar juara di tempat sendiri.

Ini merupakan gelaran kedua selepas turut menjulang trofi di Delray Beach 2008 dan turut menyaksikan ranking pemain berusia 22 tahun ini naik ke tangga 15 daripada 17.

"Saya akan berparti malam ini. Saya rasa Tuhan tidak gembira dengan saya sebelum ini.

"Memenangi gelaran ini adalah satu perkara yang menakjubkan. Saya begitu teruja," jelasnya selepas perlawanan, Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain