suria

Serie A: Inter Tewaskan AC Milan 1-0

INTER MILAN menewaskan jiran mereka AC Milan 1-0 hasil jaringan pada minit ke-3 oleh pemain pertahanan Argentina Walter Samuel.

Samuel menjaringkan gol kemenangan tersebut melalui tandukan selepas penjaga gol Milan, Christian Abbiati kelihatan teragak-agak dan gagal menepis tendangan percuma Esteban Cambiasso.

Kekalahan tersebut meletakkan kedudukan Milan dalam situasi yang tidak memberansangkan langsung - sekadar mengutip tujuh mata daripada tujuh perlawanan liga setakat ini.

Inter kini mengutip 15 mata, hanya empat mata di belakang pendahulu liga iaitu Juventus dan Napoli.

AC MILAN: Christian Abbiati,Mario Yepes,Daniele Bonera (Ignazio Abate, 50), Philippe Mexes,Urby Emanuelson, Mattia De Sciglio (Robinho, 57),Riccardo Montolivo, Kevin-Prince Boateng, Nigel de Jong, Stephan El Shaarawy (Giampaolo Pazzini, 71),Bojan.

INTER: Samir Handanovic,Juan Jesus, Walter Samuel,Yuto Nagatomo,Andrea Ranocchia,Walter Gargano,Esteban Cambiasso, Philippe Coutinho (Fredy Guarín, 45), Javier Zanetti, Antonio Cassano (Álvaro Pereira, 53),Diego Milito (Rodrigo Palacio, 71).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain