Sukan Olimpik: Pencarian Emas Kini Disandarkan Kepada Tujuh Atlet - Sukan | mStar

Sukan Olimpik: Pencarian Emas Kini Disandarkan Kepada Tujuh Atlet

LONDON: Hanya tujuh atlet daripada lima acara kini disandarkan harapan menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ketika Sukan Olimpik 2012 hanya berbaki empat hari lagi.

Pada temasya yang memasuki hari ke-10 Isnin, hanya dua penerjun negara, Yeoh Ken Nee dan Huang Qiang beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik London.

Kedua-dua penerjun berkenaan mara ke separuh akhir Selasa dengan gaya yang berbeza.

Yeoh yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, menduduki tempat ke-10 dengan mengutip keseluruhan 452.60 mata sementara Huang di tangga ke-19 dengan 433.85 mata.

Hanya 18 penerjun dalam peringkat saringan hari ini layak secara automatik ke separuh akhir namun Huang diletakkan sebagai penerjun simpanan bagi saingan Selasa.

Selain Yeoh dan Huang, atlet Malaysia yang masih tinggal membawa cabaran negara di temasya itu ialah Mohd Azizulhasni Awang yang akan beraksi dalam acara keirin; Pandelela Rinong anak Pamg dan Traisy Vivien Tukiet (10m platform wanita - Rabu); Heidi Gan (10km renang terbuka wanita - Khamis) dan Bryan Nickson Lomas dalam acara 10m platform lelaki pada Jumaat.

Pada hari ke-11 temasya itu Selasa, tumpuan kontinjen Malaysia terarah kepada Yeoh dan Huang di Pusat Akuatik sementara Mohd Azizulhasni di Velodrom London dalam acara kegemarannya, keirin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain