suria

Serena Raih Kejuaraan Kelima Wimbledon

Serena Williams menjulang trofi yang dimenanginya.
Serena Williams menjulang trofi yang dimenanginya.
Serena Williams menjulang trofi yang dimenanginya.

LONDON: Ratu tenis Amerika Syarikat, Serena Williams dinobatkan juara Wimbledon untuk kali kelima selepas menewaskan Agnieszka Radwanska dari Poland 6-1, 5-7, 6-2 dalam aksi dramatik final malam Sabtu.

Hasil kemenangan itu, Serena, membawa pulang hadiah bernilai $1.78 juta (RM5.3 juta) sekaligus menjadi pemain wanita pertama berusia lebih 30 tahun memenangi kejuaraan Wimbledon selepas Martina Navratilova pada 1990.

Serena terpaksa bekerja keras dan menggunakan pengalaman sepanjang kariernya untuk menumpaskan lawan sukar, Radwanska.

Selepas menang selesa set pertama, Radwanska, pemain pilihan keenam mengikat kedudukan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan yang berlanjutan selama dua jam setengah sebelum kemenangan berpihak kepada Serena.

Serena kini kurang lima gelaran kejuaraan berbanding adiknya, Venus di kejohanan All England tetapi kemenangan terbaru itu cukup bermakna kerana ia adalah kejohanan utama yang pertama dimenangi sejak Wimbledon 2010.

Ia juga merupakan koleksi Grand Slam ke-14 Serena pada usia 30 tahun.

Pengalaman pahit disingkirkan Virginie Razzano pada pusingan pertama di Terbuka Perancis bulan lalu membuatkan Serena menghabiskan masa sepanjang bulan lalu untuk meningkatkan prestasi dan misinya berjaya.

Artikel Sebelum

Webber Juarai GP Britain

Artikel Lain