suria

Redknapp Dipecat Sebagai Pengurus Tottenham

Harry Redknapp
Harry Redknapp
Harry Redknapp

LONDON: Media British melaporkan bahawa Harry Redknapp tidak lagi menjadi pengurus Tottenham berikutan kegagalan untuk mengulangi kejayaannya membawa pasukan itu ke Liga Juara-Juara.

BBC dan Sky, pada lewat Rabu berkata Redknapp telah meninggalkan kelab itu selepas bertanggungjawab hampir empat musim dengan berbaki kontrak selama setahun.

Keputusan itu akan menyulitkan jurulatih Inggeris berumur 65 tahun itu dalam tempoh beberapa bulan di mana beliau terlepas tugas sebagai jurulatih England dan Spurs gagal menjadi antara kelab teratas di Eropah walaupun mendahului 10 mata ke atas pencabar terdekat mereka pada satu peringkat musim Liga Perdana Inggeris.

Redknapp menyertai Tottenham pada bulan Oktober 2008 dengan pasukan itu berada dalam zon penyingkiran.

Pada Mei 2010, Spurs telah layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Artikel Lain