suria

Pembantu Dalglish Tinggalkan Liverpool

Clarke (kiri) bersama Dalglish ketika menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Newcastle April lalu.

JURULATIH skuad utama Liverpool, Steve Clarke membuat keputusan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris selepas Brendan Rodgers dilantik sebagai pengurus baru The Reds.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Persatuan Pengurus Liga (LMA) awal pagi Khamis.

"LMA hari ini mengesahkan Steve Clarke dan Kelab Liverpool tidak bersama lagi dalam keadaan yang baik," jelas pihak LMA.

Clarke telah dilantik menjadi jurulatih bagi skuad utama Liverpool dengan tempoh kontrak selama tiga tahun pada Januari 2011, manakala Kenny Dalglish pula menggantikan tempat Roy Hodgson sebagai pengurus.

Aksi tidak memberangsangkan skuad The Reds musim ini menjadikan pihak pengurusan kelab memecat Dalglish selepas pasukan hanya menamatkan saingan liga di tempat kelapan keseluruhan.

Pengurus baru, Rodgers merupakan bekas pengendali pasukan Swansea City dilantik secara rasminya Jumaat lalu.

Artikel Lain