suria

Roberto Martinez Tolak Tawaran Liverpool

Martinez tolak tawaran Liverpool.
Martinez tolak tawaran Liverpool.
Martinez tolak tawaran Liverpool.

PEMILIK WIGAN, Dave Whelan akan mengumumkan lewat Selasa yang Roberto Martinez akan terus kekal sebagai pengurusnya untuk musim akan datang setelah menolak pelawaan Liverpool untuk mengantikan tempat Kenny Dalglish.

Martinez, 38, minggu lalu telah terbang ke Miami, Amerika untuk berbincang dengan pemilik Liverpool, John W Henry berhubung pelantikan tersebut.

Bagaimanapun, Martinez menjadi tidak pasti tentang peranan dan kuasanya jika dilantik sebagai pengurus kerana pada masa yang sama Liverpool berhasrat untuk melantik jurulatih veteran Louis van Gaal sebagai pengarah bolasepak.

Martinez yang kembali ke England untuk bertemu dengan Whelan semula telah dijanjikan wang tunai yang lumayan untuk mendapatkan pemain-pemain baru musim depan jika dia terus kekal sebagai pengurus Wigan.

Perkembangan terbaru ini sudah pastinya memberi kesan negatif kepada Liverpool yang menyaksikan seorang demi seorang calon pengurus menolak pelawaan untuk mengurus kelab berkenaan.

Sebelum ini Pengurus Swansea, Brendan Rodgers turut menolak pelawaan yang sama.

Pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp turut menolak tawaran Liverpool seminggu sebelum itu.

Dan kemudian, Pengurus Ajax, Frank de Boer juga menolak pelawaan untuk ditemubual bagi jawatan itu yang kini dianggap badi dan enggan disandang oleh sesiapa pun.

Dalglish telah dipecat pada 16 Mei lalu, hanya selepas 16 bulan menerajui kelab tersebut untuk kali yang kedua.

Kontrak veteran dan lagenda Liverpool itu telah ditamatkan selepas dia mengadakan pertemuan dengan pemilik kelab berkenaan, John Henry dan Tom Werner, yang merupakan rakyat Amerika.

Walaupun Dalglish berjaya membawa pulang Piala Carling iaitu piala pertama untuk Liverpool dalam tempoh enam tahun dan kemudian membimbing kelab itu ke perlawanan akhir Piala FA sebelum tewas 1-2 kepada Chelsea, tetapi kegagalan untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan telah membawa kepada kejatuhannya.

Liverpool sekadar mampu menduduki tangga ke lapan liga iaitu yang terburuk dalam sejarah kelab tersebut dan yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila musuh tradisi mereka Everton berada lebih atas daripada mereka.

Artikel Lain