suria

Prestasi Malaysia Leopards Membanggakan - Zolkples

KUALA LUMPUR: Prestasi pemain skuad Malaysia Leopards pada Kejohanan Badminton Piala Axiata membuktikan mereka perlu terus diberi peluang menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa terutamanya Piala Thomas di Wuhan, China, bulan depan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata beliau berpuas hati dengan peningkatan prestasi skuad pelapis negara itu walaupun kalah pada Indonesia Rajawali pada pusingan separuh akhir kejohanan itu.

Walaupun kalah kepada skuad Rajawali yang dibarisi pemain senior Indonesia, ia merupakan pendedahan yang baik untuk pemain pelapis negara menjadi pemain profesional, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Harapan untuk melihat satu pasukan dari Malaysia mara ke final Piala Axiata tidak kesampaian apabila Malaysia Tigers dan Malaysia Leopards kalah kepada dua lawan Indonesia, Garuda dan Rajawali, pada peringkat separuh akhir. - BERNAMA

Artikel Lain