LOS ANGELES: Angelo Dundee - jurulatih juara tinju heavyweight dunia sebanyak empat kali Muhammad Ali,telah meninggal dunia.Mendiang yang meninggal dunia di kediamannya di Tampa, Florida, berusia 90 tahun. “Angelo meninggal dunia di samping ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan rapatnya,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga mendiang pada Khamis.Mereka berkata, perkara yang paling mengembirakan Angelo sebelum beliau meninggal dunia ialah untuk bersama-sama menyambut ulang tahun hari kelahiran Muhammad Ali baru-baru ini.Selain Muhammad Ali, Dundee juga akan dikenang sebagai jurulatih yang berjaya melatih dan melahirkan 15 juara tinju dunia termasuklah peninju legenda Sugar Ray Leonard dan George Foreman.