suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pelumba Negara Sertai Kejuaraan Motosikal FIM 2012

KUALA LUMPUR: Tiga pelumba Malaysia dipilih mewakili pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia pada Kejuaraan Motosikal FIM Asia PETRONAS edisi 2012.

Pelumba Cub Prix Malaysia Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Emir Fridaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi telah mendapat pengiktirafan Honda Motor Co, Japan dan akan menyertai pelumba handalan Kejuaraan Superbike British, Ryouichi Kiyonari.

Pemilihan ini merupakan sebahagian projek Kejuaraan Motosikal FIM Asia PETRONAS dalam memilih pelumba-pelumba daripada 12 negara Asia dan Oceania.

Ia bertujuan melahirkan pelumba Grand Prix di masa akan datang, kata pengeluar motosikal itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Pelumba negara akan menggunakan model CBR250R selain mendapat tunjuk ajar daripada bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada, pada setiap perlumbaan Kejuaraan Motosikal FIM Asia PETRONAS edisi 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain