suria

Arsenal Kecewa, Hanya Raih Seri Ke Atas Bolton

Walcott kecewa selepas pasukannya gagal meraih sebarang gol pada aksi menentang Bolton awal pagi Khamis.
Walcott kecewa selepas pasukannya gagal meraih sebarang gol pada aksi menentang Bolton awal pagi Khamis.
Walcott kecewa selepas pasukannya gagal meraih sebarang gol pada aksi menentang Bolton awal pagi Khamis.

PASUKAN Arsenal yang cuba untuk mengutip mata untuk berada dalam kedudukan selesa bagi mara ke Liga Juara-Juara (CL) musim depan kecewa selepas hanya mencatat seri 0-0 dengan Bolton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),Stadium Reebok awal pagi Khamis.

Keputusan seri ini menjadikan The Gunners turun ke tangga ketujuh liga, lima mata kurang daripada kedudukan keempat yang dihuni Chelsea selepas mempamerkan aksi hambar pada perlawanan itu.

Ayam tambatan Arsenal, Robin van Persie gagal mencuri sebarang gol biarpun beberapa percubaan yang nyaris meraih jaringan. Manakala keputusan ini juga turut menyelamatkan Bolton daripada menghuni zon penyingkiran.

Bagaimanapun pengurus pasukan, Arsene Wenger tetap positif mengenai pasukannya dan percaya akan terus bangkit membaiki kedudukan.

“Perjalanan masih jauh dan saya yakin kami akan kembali berada di landasan yang betul.

"Kami telah melalui situasi yang sukar, kalah tiga perlawanan liga ini, namun kami boleh menang tiga perlawanan selepas ini.

“Kami tetap percaya situasi baik akan berlaku, tetapi kami perlu melakukan satu demi satu. Bagi kami, setiap perlawanan dianggap sebagai perlawanan akhir.

Manakala pengurus Bolton berkata, perlawanan ini sangat menakjubkan dan pasukannya telah melakukan yang terbaik.

“Kami berada dalam situasi yang baik dan telah bekerja keras. Adam telah melaksanakan tugasnya dengan baik apabila menyelamatkan percubaan Theo Walcott dan David Ngong pada separuh masa pertama.

“Manakala pada babak kedua aksi kelihatan lebih lama dan sengit, dan saya merasakan kami boleh menang, namun hanya sekadar seri 0-0,” katanya.

Senarai pemain:

Bolton: Bogdan, Steinsson, Knight, Wheater, Ricketts, Eagles, Reo-Coker, Muamba, Petrov, Mark Davies, Ngog. (Pemain simpanan): Jaaskelainen, Sanli, Kevin Davies, Klasnic, Pratley, Boyata, Riley

Arsenal: Szczesny, Sagna, Mertesacker, Vermaelen, Koscielny, Ramsey, Song, Walcott, Arteta, Oxlade-Chamberlain, van Persie. (Pemain simpanan): Fabianski, Rosicky, Park, Henry, Arshavin, Benayoun, Coquelin.

Artikel Sebelum

Artikel Lain