suria

Everton Sekat Peluang City Kuasai Takhta Liga

Pasukan Everton yang dipimpin Pengurus David Moyes berjaya menyekat kemaraan City di Goodison Park.
Pasukan Everton yang dipimpin Pengurus David Moyes berjaya menyekat kemaraan City di Goodison Park.
Pasukan Everton yang dipimpin Pengurus David Moyes berjaya menyekat kemaraan City di Goodison Park.

LONDON: Everton melakukan kejutan apabila menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City 1-0 di Goodison Park, awal pagi Rabu.

City bagaimanapun hampir memperoleh gol awal pada separuh masa pertama namun rembatan jarak jauh Samir Nasri terkena palang.

Everton kembali mendapat rentak dan jaringan kemenangan diperoleh oleh bekas pemain tengah Manchester United, Darron Gibson pada separuh masa kedua.

Dengan keputusan itu, City kini terpaksa berkongsi mata dengan jirannya Manchester United namun City kekal teratas liga yang hanya dipisahkan dengan jaringan gol.

Selepas kekalahan kali ketiga di Goodison Park, City masih mendahului takhta liga dengan kelebihan tujuh gol.

City beraksi tanpa kelibat pemain kontroversinya, Mario Balotelli masih digantung perlawanan dan memaksa Edin Dzeko dan Sergio Ramos bekerja keras untuk mencari penyudah tetapi tidak berhasil sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anak buah Pengurus Roberto Mancini yang terpaksa mempertahankan kemenangan dalam baki 15 perlawanan musim ini.

Senarai Pemain:

EVERTON: Howard, Neville, Hibbert, Heitinga, Baines, Donovan, Gibson, Fellaini, Drenthe, Cahill, Stracqualursi - Pemain gantian: Mucha, Gueye, Barkley, Vellios, Forshaw, Duffy, Baxter

MAN CITY: Hart, Richards, Kompany, Lescott, Clichy, Barry, Milner, Silva, Aguero, Nasri, Dzeko - Pemain gantian: Pantilimon, Zabaleta, Johnson, Kolarov, Savic, De Jong, Razak

Gelanggang: Goodison Park

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain