suria

LA Galaxy Intai Lampard

Lampard diintai pasukan La Galaxy.
Lampard diintai pasukan La Galaxy.
Lampard diintai pasukan La Galaxy.

LA Galaxy dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Chelsea, Frank Lampard, Sabtu.

Kedudukan Lampard di Stamford Bridge tidak menentu walaupun prestasinya bagus dan sentiasa berada dalam skuad utama The Blues, namun pengurusnya, Andre Villas-Boas masih tidak berpuas hati.

“Saya merupakan peminat setia Frank. Dia adalah seorang pemain yang bagus. Apabila saya terfikirkan Chelsea, saya terus teringatkan Frank Lampard,” ujar pemilik La Galaxy, Tim Leiweke kepada ESPN.

“Ia mengambil masa dua tahun untuk mendapatkan David Beckham berada di sini. Sekarang kami dalam usaha untuk mendapatkan pemain pilihan.

“Kami ada enam orang yang mempunyai hubungan baik, dan akan lihat bagaimana ia berjalan.

"Namun sebelum itu, kami perlukan menandanya dahulu dan sekarang tidak ada siapa yang hendak ‘ditanda’. Bagaimanapun saya pasti dia adalah orang yang saya minat.”

Artikel Lain