suria

Beckham Sambung Kontrak Bersama LA Galaxy

Beckham setuju menandatangani kontrak baru selama dua tahun bersama LA Galaxy.
Beckham setuju menandatangani kontrak baru selama dua tahun bersama LA Galaxy.
Beckham setuju menandatangani kontrak baru selama dua tahun bersama LA Galaxy.

BEKAS kapten England, David Beckham sah menyambung kontrak baru selama dua tahun bersama Los Angeles Galaxy.

Pemain tengah ini berkata, alasan keluarga adalah faktor utama mengapa dia terus ingin berada dan kekal lebih lama di Amerika Syarikat.

“Keluarga dan saya amat gembira dan selesa di Amerika jadi kami mengambil keputusan untuk menetap beberapa tahun lagi di sini,” katanya.

Beckham bersetuju dengan perjanjian kontrak baru dua tahun bagi musim 2012 dan 2013 bersama kelab Major League Soccer (MLS) itu.

Perjanjian lima tahun bernilai AS$32.5 juta (RM100.7 juta) bersama Galaxy berakhir hujung bulan lalu.

“Ini adalah keputusan penting buat saya. Saya menerima tawaran banyak kelab dari seluruh dunia. Namun, saya masih berminat untuk berada di AS dan memenangi trofi buat Galaxy,” katanya.

Tiada butiran lanjut mengenai kontrak baru itu didedahkan.

Dengan meterainya perjanjian ini, ia dijangka membuka peluang buat Beckham untuk beraksi pada Sukan Olimpik di London yang bakal berlangsung Julai hingga Ogos ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain