Skuad Liga Perdana Johor Kehilangan Stadium

JOHOR BAHARU: Kejohanan Liga Perdana edisi 2012 semakin hampir menjelang tiba, namun skuad Johor kini berada dalam dilema kerana Stadium Larkin yang menjadi gelanggang mereka selama ini dilaporkan akan dibaik pulih.

"Kita agak kelam-kabut untuk mencari stadium yang sesuai bagi menggantikan Stadium Larkin buat sementara waktu. Sepatutnya kerja pembaikan Stadium Larkin dilakukan sebaik sahaja selesai musim liga tahun ini berakhir," kata pengurus pasukan Datuk Abdul Aziz Sapian kepada Bernama.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)menjelaskan kerja membaiki Stadium Larkin akan hanya bermula awal tahun depan dan dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat bulan.

Abdul Aziz berkata PBNJ kini hanya mempunyai dua pilihan sama ada menggunakan Stadium Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atau Stadium Kluang sebagai gelanggang mereka.

Beliau ditemui ketika sedang meninjau Stadium UTM di sini.

Bagaimanapun katanya, penggunaan dua stadium tersebut adalah bergantung kepada kelulusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Stadium berkenaan perlu mematuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan oleh FAM seperti keadaan lampu limpah, padang dan bilik persalinan pemain, tambahnya.

Abdul Aziz berkata beliau difahamkan delegasi teknikal FAM akan meninjau Stadium UTM pada Selasa ini.

"Jika FAM meluluskan Stadium UTM untuk dijadikan stadium sementara bagi pasukan Johor, pada masa yang sama kita juga berharap pihak pengurusan UTM dapat membenarkan kita untuk menggunakannya," katanya.

Bagi cabaran musim depan, beliau berkata skuad Johor akan menggunakan dua pemain import iaitu Richard Offiong yang pernah beraksi dengan pasukan remaja kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dan seorang pemain dari Togo, Esseh Sodjine N Sougah.

Antara pemain tempatan ialah Ahmad Tarmimi Saiban (PKNS FC), K. Sasikumar (Harimau Muda A) dan Zulfadhly Mohamed (Harimau Muda B). - BERNAMA

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain