suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Gagal Pertahan Kejuaraan Terkandas Di Separuh Akhir Siri Super Dunia

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraannya apabila tewas di pusingan separuh akhir kepada pemain China, Chen Long pada aksi separuh akhir Kejohanan Final Siri Super Dunia di Stadium Li Ning, China awal pagi Sabtu.

Chen Long menewaskan Chong Wei 21-16 16-21 21-18 dalam masa 1 jam 19 minit dan bakal bertemu rakan senegaranya, Lin Dan ataupun Peter Hoeng Gade (Denmark) pada aksi akhir Ahad.

Dengan kekalahan ini menyaksikan Chong Wei gagal merangkul gelaran juara yang dimenanginya pada tahun 2008,2009 dan 2010 pada kejohanan berprestij ini.

Chong Wei merupakan satu-satunya wakil negara yang beraksi di peringkat separuh akhir selepas pasangan beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas pada kesemua tiga perlawanan Kumpulan B.

Kejohanan itu adalah kemuncak dalam siri Super Dunia OSIM BWF di mana lapan pemain utama perseorangan lelaki dan wanita, beregu dan beregu campuran bersaing merebut hadiah keseluruhan wang tunai AS$500,000 (RM1.6 juta).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain