suria

City Bertemu Porto, United Berkunjung ke Ajax Dalam Undian Piala Eropah

MANCHESTER City bakal berdepan dengan juara bertahan Porto, manakala jirannya, Manchester United akan bertemu Ajax pada saingan 32 pasukan Liga Piala Eropah bermula Februari ini.

Porto yang merangkul trofi kejuaraan tahun lalu ketika di bawah kendalian Andre Villas-Boas yang kini memimpin skuad Chelsea akan menerima kunjungan City sebelum ke Stadium Etihad dan United pula akan beraksi di Amsterdam Arena First.

Sementara itu, Stoke City dijangka bakal menghadapi saingan sengit apabila diundi bertemu Valencia.

Sekiranya tiga kelab Inggeris itu berjaya menewaskan lawan masing-masing dan layak ke pusingan 16 pasukan, United dijangka akan bertemu Lokomotiv Moscow atau Althletico Bilbao.

Menunggu City sekiranya mereka menewaskan Porto ialah Legia Warsaw ataupun Sporting, manakala Stoke akan bertemu Trabzonspor atau PSV Eindhoven jika menang ke atas Valencia.

Pengurus Stoke, Tony Pulis berkata, dia berpuas hati dengan undian ini.

"Ia undian yang bagus. Valencia merupakan salah satu pasukan yang kuat di Eropah dan mempunyai tradisi permainan yang unggul.

"Saya rasakan semua pemain teruja untuk beraksi. Kami akan menyambut Krismas dengan tenang kerana masih mempunyai lapan minggu untuk melakukan persiapan sebelum berkunjung ke Sepanyol," katanya.

Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 16 Februari depan manakala pusingan kedua pada 23 Februari.

Berikut adalah undian Liga Eropah 32 pasukan:

Porto lwn Manchester City

Ajax lwn Manchester United

Lokomotiv Moscow lwn Athletic Bilbao

Salzburg lwn Metalist Kharkiv

Stoke City lwn Valencia

Rubin Kazan lwn Olympiacos

AZ Alkmaar lwn Anderlecht

Lazio lwn Atletico Madrid

Steaua Bucharest lwn Twente

Viktoria Plzen lwn Schalke

Wisla Krakow lwn Standard Liege

Braga lwn Besiktas

Udinese lwn PAOK

Trabzonspor lwn PSV Eindhoven

Hannover lwn Brugge

Legia Warsaw lwn Sporting

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain