suria

Karamjit Singh Juara Rali Malaysia Ke-12

JOHOR BAHARU: Karamjit Singh memenangi keseluruhan Rali Malaysia ke-12 di Jempol, Negeri sembilan pada hujung minggu lepas dengan pungutan 44 mata.

Kemenangan beliau yang memandu Mitsubishi Lancer dalam empat pusingan berlangsung di Johor Baharu pada April lepas, Kangar (Julai), Melaka (November) dan berakhir di Negeri Sembilan.

Karamjit, 48 dan rakannya Viviek Ponnusamy menghabiskan masa 1 jam 36 minit dan 13.2 saat.

Juara bertahan Rafiq Udhaya dan rakan Sean Gregory yang memandu Subaru Impreza di tempat kedua dengan pungutan 42 mata dalam masa 1 jam 42 minit dan 25.5 saat.

Tempat ketiga ialah Mike dan Manuthi Arokiasamy yang memandu Proton Satria dalam masa 1 jam 46 minit dan 09.5 saat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PSNT Semarak Sepak Takraw Negara

Artikel Berikut

Artikel Lain