suria

50 Peserta Berentap Dalam Pertandingan Luncur Ombak Di Terengganu

KUALA TERENGGANUL: Buat pertama kali Terengganu akan menganjurkan kejohanan Terengganu Quiksilver Best Event Surf 2011 di Batu Buruk di sini selama tiga hari mulai Jumaat.

Pengarah Tourism Malaysia Terengganu Mohd Nasir Kushairi berkata dijangka lebih 50 peserta termasuk dari Indonesia, Jepun, Maldives dan Korea akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang ditaja kerajaan negeri, pengeluar produk sukan air terkemuka, Quiksilver serta Tourism Malaysia.

"Kejohanan luncur ombak ini melengkapkan aktiviti di musim tengkujuh di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Mohd Nasir berkata kejohanan melibatkan empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Terbuka Masters dan Terbuka Bodyboard dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM31,000.

"Kita harap acara ini akan meningkatkan lagi industri pelancongan negeri Terengganu," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain