suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Juara F1, Kimi Raikkonen Kembali Bersama Pasukan Lotus

LONDON: Bekas juara F1, Kimi Raikkonen telah menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Proton iaitu Lotus untuk perlumbaan musim depan.

Bekas juara F1 2007 berusia 32 tahun itu telah meninggalkan sirkit Formula Satu pada tahun 2009 untuk berkecimpung dalam perlumbaan rali.

Lebih dikenali dengan nama 'Iceman', Raikkonen pernah memandu untuk pasukan Ferrari dan McLaren dan memulakan kerjaya F1 nya pada tahun 2001.

Dengan kemunculan semula Raikkonen dalam Formula Satu ini bermakna musim hadapan akan menyaksikan kehadiran enam bekas juara dan juara bertahan bersaing untuk merebut kejuaraan 2012.

Mereka ialah Sebastian Vettel (juara bertahan), Fernando Alonso, Jenson Button, Lewis Hamilton, Michael Schumacher dan kini Raikkonen sendiri.

Belum pernah dalam sejarah F1 menyaksikan begitu ramai juara dan bekas juara berlumba dalam satu musim sepertimana yang bakal kita saksikan tahun hadapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain