suria

Beckham Yakin Man United Akan Pertahan Gelaran Juara EPL

Beckham yakin bekas kelabnya, Man United akan mempertahankan gelaran juara EPL musim ini.
Beckham yakin bekas kelabnya, Man United akan mempertahankan gelaran juara EPL musim ini.
Beckham yakin bekas kelabnya, Man United akan mempertahankan gelaran juara EPL musim ini.

DAVID Beckham yakin pasukan Manchester City tidak ada peluang untuk untuk menggondol gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walaupun mendahului kedudukan liga setakat ini.

Sebaliknya pemain veteran berumur 36 tahun itu percaya bekas kelabnya, Manchester United yang kini berada di tangga kedua liga akan mempertahankan gelaran juara musim ini.

Man United kini ketinggalan lima mata dengan Man City yang mengumpul 35 mata daripada 13 perlawanan.

“Saya tidak rasa Man City ada peluang. Tidak dinafikan pasukan itu memulakan aksi dengan baik musim ini dan mempunyai pemain-pemain yang bagus.

"Tetapi perlu ingat, Man United mempunyai mempunyai pengalaman dalam situasi ini,” katanya kepada media selepas pasukannya, LA Galaxy tiba di Jakarta sempena Jelajah Asia.

Man city menguasai aksi liga musim ini dengan rekod tanpa kalah, malah turut menewaskan United 6-1 baru-baru ini, namun tewas kepada Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara (CL) minggu lalu.

Sementara itu, Beckham yang dikaitkan akan berpindah ke Paris St Jerman jika kontrak bersama Galaxy tidak disambung tidak lama lagi berkata, dia perlu berada dalam keadaan baik untuk bermain dalam perlawanan istimewa bersama pasukan Great Britain tahun depan sempena Sukan Olimpik di London.

“Saya ada keputusan yang lebih besar perlu dibuat,” katanya.

Artikel Lain