suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapten Skuad K'saan B-23 Baddrol Bakhtiar Tak Dapat Terima Tawaran Luar Kerana Terikat Dengan Kedah

ALOR SETAR: Tonggak utama pasukan Kedah, Baddrol Bahktiar, 23, akan kekal bersama Kedah sehingga musim depan walaupun beliau menerima tawaran daripada kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Baddrol berkata, tawaran seumpama itu sememangnya dinantikan kerana mahu menimba pengalaman baru dan meningkatkan mutu permainannya namun beliau masih mempunyai kontrak setahun lagi bersama pasukan Kedah.

Kata Baddrol, beliau akan berbincang dan menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

"Apa-apapun saya serahkan kepada pihak pengurusan KFA untuk mempertimbangkannya sama ada nak lepaskan saya atau tidak. Saya juga perlu berbincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Baddrol yang juga ketua pasukan negara pada Sukan Sea XXVI berkata beliau turut menerima beberapa tawaran daripada pasukan tempatan iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Sabah namun terpaksa melupakannya disebabkan terikat dengan kontrak.

Menurut laporan sebuah akhbar semalam (Selasa) Pasukan Pelita Jaya, Indonesia berminat mendapatkan khidmat Baddrol dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat berdasarkan prestasi hebat yang ditunjukkan mereka pada Sukan Sea yang lalu.

Penjaga gol kedua kebangsaan Farizal Marlias pula dipikat Persisam Putra Samarinda juga kelab dari Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain